!TEMAN-TEMAN BLOG!

Saturday 17 August 2013

REVIEW: FILEM THE CONJURING



Assalammualaikum..

Siapa dah menonton filem The Conjuring... Sekarang ramai orang asyik sebut filem seram ni... Teringin jugak aku menonton, jadi semalam sempatlah menonton filem ni midnight show kat King's Trioplex, Sibu bersama dua orang kawan.. Aku ni memang tak nak ketinggalan kalau dengar movie best di tayangkan... Apa-apa pun aku bagi dulu sinopsis filem ni...

Sinopsis :

Keluarga Perron yang berpindah ke sebuah rumah di pinggir bandar mula menyedari mereka telah diganggu oleh roh jahat yang memang sangat kuat. Gangguan ini telah menyebabkan mereka tinggal dalam ketakutan yang mana melibatkan 5 orang anak keluarga Perron. Menyedari roh jahat yang mengancam mereka, keluarga Perron telah mendapatkan khidmat 2 orang paranormal yang sering menyelesaikan kes-kes yang melibatkan roh jahat. Ed dan Lorraine adalah dua orang paranormal yang terkenal dan sering berhadapan dengan kes-kes rasukan. Namun kali ini kes yang mereka hadapi sangat mengerikan sehinggakan anaknya sendiri telah mendapat gangguan roh jahat tersebut. Menyedari roh jahat tersebut sangat kuat, Warren dan Lorraine cuba membantu untuk menghalau roh jahat tersebut dari mengganggu keluarga Perron. Berjayakah mereka menentang roh jahat tersebut? Siapakah roh jahat yang menghantui hidup keluarga Perron ni? Jadi nak tau, saksikan sendiri filem di pawagam hehehe...

Review Aku :

Siapa sangka anak kelahiran Malaysia telah berjaya menempa nama di Hollywood dengan filem genre seram seperti Saw dan Insidious telah berjaya menarik penonton genre seram ke pawagam. Sekali lagi James Wan ni mempertaruhkan filem The Conjuring yang diambil dari kisah benar yang pernah berlaku pada tahun 1970-an. Menonton filem ni mengingatkan aku kepada filem Insidious, tapi The Conjuring memang naskah filem terbaik bagi aku untuk peminat filem seram.

Menonton  filem ini seperti menonton Exorcism of Emily Rose (juga diambil dari kisah benar). James Wan bijak mengatur plot cerita secara tersusun dan unsur suspens yang boleh buat jantung penonton berdegup kencang.... Permulaan cerita Perron berpindah, anjing peliharaan keluarga Perron tidak mahu masuk ke rumah seolah-olah sudah mengetahui ada sesuatu di rumah tersebut. Kematian anjing keluarga Perron telah menjadi permulaan segala cerita tentang kehadiran roh jahat ini sehingga mengganggu anak-anak Perron.

Kesan bunyi dan unsur-unsur suspens akan membuatkan korang pejam mata (aku boleh plak sampai tertendang kawan aku sebelah sebab terkejut huhuhuhu).. Di awal cerita penonton akan diperkenalkan dulu siapa pasangan Warren dan Lorraine (paranormal terkenal) dan keluarga Perron. Jadi slow-slow pengarah ni "bercerita" sebelum penonton melalui keseraman yang sebenar... Jangan hairan, korang memang akan terkejut pada babak-babak tertentu yang tidak dijangkakan aku pun boleh dug dag jantung menonton filem ni... Walaupun bagi aku idea seram yang digunakan masih klise seperti rumah lama dan pokok ara, pengarah telah bermain dengan perasaan takut penonton... AMARAN MEMANG TIDAK SESUAI UNTUK TONTONAN BAGI IBU MENGANDUNG DAN YANG MENGALAMI MASALAH SAKIT JANTUNG

Keseluruhan memang puas hati dengan arahan anak kelahiran Malaysia ni, dan yang masih misteri bagi aku ialah patung Annabelles Doll (harap ada pulak filem pasal Annabelles ni)...Apa lagi korang pergi terjah panggung sekarang memang tak rugi menonton...

Rating aku 4/5


22 comments:

  1. best jugak .. but cerita tu mcm complicated sangat ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagi saya senang plak difahami jalan cerita ni...hehehe

      Delete
  2. Belum berkesempatan nak menonton lagi.

    ReplyDelete
  3. wah..kathy memang suka filem2 seram macam ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang filem seram yang wajib ditonton bagi peminat genre macam ni

      Delete
  4. cerita seram ni macam menarik je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang best filem ni...nasib saya takder sakit jantung

      Delete
  5. Honestly kan is rimas sikit dengan filem macam nie, isk isk isk otak asyik fikir dia nie apa punca dia isk iskisk

    tengok peta Gaints jap kat mana save22

    iskandarx[dot]com

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe-takpe nanti kita carik puncanya yer IS...isk isk isk

      Delete
  6. oooooo.. jadi ni la citer hantu seram yg org tgh sibuk ckp tu yer.. hahaha.. baru taw.. thanks bro for the info

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha,,,tu lah pasal time raya dengar kawan2 asyik cerita hal filem seram ni...

      Delete
  7. isk../.mun cik akak nga ya...silap hari bulan memang tercabut je jantung cik akak..hahaha...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. awal embak selotape Cik Akak pakey melekat jantung ya...hahaha takut tercabut huhuhuh

      Delete
  8. assalmualaikum, adhie yg berkenaan top comment tu mcm mana nak buat sebulan punye kan... cari kod nie dkt dlm widget tu

    var numDays = 0; // komen sejak bila (ex. 30), atau 0 sejak dari mula

    tukarkan var numDays = 0 ; kepada var numDays = 30;

    thanks yer..

    ReplyDelete
  9. he3 menarik ni =) inshaaAllah nk tgok jugalh nnti..saw mmg ada dalam simpanan..mmg best cter tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang best filem ni...tahap angkernya awesome

      Delete
  10. nampak macam best,.. ermm.... nanti ada masa mama tengok, kesibukan menghalang mama dari tengok movie ni... hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. filem seram wajib tonton ni mama hehehe

      Delete
  11. cita hantu eboh jak,memang kmk sik nangga..nak lawak pun nangga rupa dolok..hihi

    ReplyDelete
  12. ramai orang cakap filem ni best.. tapi aiza kalau bab tengok filem seram ni memang tak suka sebab aiza ni penakut..

    ReplyDelete