!TEMAN-TEMAN BLOG!

Monday 5 August 2013

REWARDS KHAS UNTUK KU SENDIRI SEMPENA LEBARAN

Assalammualaikum...

Korang pernah tak rewards diri korang sendiri.. Maksud aku bila korang telah berjaya melakukan sesuatu.. Korang akan beli sesuatu sebagai hadiah untuk diri sendiri.. Inilah yang biasanya aku lakukan untuk memotivasikan diri aku sendiri.. Semalam masa kat Sibu aku memang dah berniat untuk membelikan sesuatu untuk aku sendiri as a reward... Rasanya tahun ni dah banyak impian aku tercapai alhamdulillah.. Semuanya atas usaha aku sendiri beserta dengan tawakal kepada Allah..


Seperti biasa aku akan ke kedai jam.. Jam merupakan salah satu barang koleksi kegemaran aku...Setiap tahun aku akan membeli jam..Aku tak tahu kenapa aku sukakan jam, mungkin kerana aku seorang yang mementingkan masa.. Masa itu adalah sangat berharga bagi aku.. Even kawan-kawan aku pun mengenali aku sebagai seorang yang punctual... Aku ni kalau orang lewat 5 minit aku dah resah gelisah...sebab biasanya kalau aku berjanji pada waktu tertentu aku akan usaha untuk berada ditempat yang dijanjikan seawal mungkin.. Memang sifat aku macam tu..Aku tak suka orang yang lewat kecuali ada alasan yang munasabah yang boleh aku terima...


Okeylah kali ni aku memilih jam seiko sebagai reward kepada diri ku sendiri... Ini pertama kali sebenarnya aku membeli jenama Seiko.. Biasanya aku memilih Casio, Christino atau Alba.. Bergantung dengan rekabentuk jam tersebut... Melihat jam Seiko dipamerkan di kedai jam tu..Aku terus berkenan.. Tak sangka pulak jam tu limited edition seluruh dunia hanya 2500 unit yang dikeluarkan... Aku membeli unit yang ke 833 huhuhu... Takpelah yang penting aku suka dengan rekabentuk jam ni..Yang penting kacanya diperbuat dari sapphire crystal anti calar..



posted from Bloggeroid

10 comments:

  1. wah.. tak pernah lagi den bagi hadiah kat diri sendiri.. macam nak kena try je ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe..medium untuk memotivasikan diri sendiri :)

      Delete
  2. Cantiknya jam adhie..saya pun mau satu yg cm ni.....

    ReplyDelete
  3. kacak jam ya
    kmk masih setia makei casio
    dah 2 tahun lebih makei

    ReplyDelete
  4. Wah, bestnyer reward diri sendiri nie. Nanti is pun nak try reward diri sendiri dengan pakej ketiduran 3 hari 2 malam berturut-turut lah, kerja sendiri takder cuti laaa)

    p/s: DiGi satu untuk Adhie

    iskandarx[dot]com

    ReplyDelete
  5. bagus reward diri sendiri.. pasti lebih bersemangat..

    ReplyDelete
  6. Cantiknya, boleh tahu berapa harganya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. harga mungkin cikgu leh search kat google hehehe nak bagitau segan plak...

      Delete
  7. cantik jam ni...berapa harganya ek?
    saya tahun reward untuk diri sendiri beli handbag & kasut Sembonia.....memang suka sangat....kita dah keje penat, hasilnya beli apa barang yang kita idamkan.....

    ReplyDelete