!TEMAN-TEMAN BLOG!

Sunday 11 August 2013

SOALAN SAMA DAN JAWAPAN.....????



Assalammualaikum korang semua...

Seronok beraya??... Cuti pun panjang lagi makin pulak betul-betul cuti raya bertemu dengan sabtu dan ahad...lagilah meriah nak bercuti raya..Aku Rabu depan baru mula bekerja jadi masih ada sisa-sisa beberapa hari lagi nak bercuti-cuti ni... Sebut pasal cuti raya ni mesti ada yang mengambil kesempatan untuk melangsungkan perkahwinan dan pertunangan...Tahniah kepada yang bergelar raja sehari pada bulan Syawal ni...

Okey cerita hal kahwin ni... Yang bujang pasti akan tahu soalan ramalan tiap kali bertandang ke rumah saudara-mara masa raya... "Bila nak kawen ni???"...Soalan sama yang akan aku terima setiap tahun bila beraya.. Jawapannya akan bertukar setiap tahun.. Biasanya aku akan jawab..

i) lepas raya ni kahwin tapi tak tahu raya tahun bila.. 
ii) makcik nak sponsor ker wah sekarang jugak saya kahwin hehehe (nada bergurau)
iii) tunggu bulan jadi segi empat pakcik/makcik hehehehe
iv) belum ada puteri raja masuk meminang wakakaka

Ada jugak tu siap bagi nombor telefon anak-anak diorang bagi chance aku berkenalan... Weh memang banyak sms yang masuk...Tapi aduiii camner aku  nak melayan kekadang aku tak reply sms..aku takut nak bagi harapan...Nanti tak pasal-pasal pulak aku kena sumpah sebab bagi harapan... Mak ayah aku pun dah malas nak tanya sebab diorang akan tau apa jawapan aku hehehehe makin pulak diorang tau sekarang aku ada komitmen dengan rumah yang baru aku beli... Pernah satu masa diorang nak pinangkan anak dara kampung ayah aku yang diorang dah pilih...Pening aku...Bukan pulak aku nak bangga sebab ada mak bapak yang rekemen anak diorang kat aku...takde sikit pun rasa bangga...Sebab aku memang betul-betul belum bersedia nak jaga anak orang ni...Diri aku sendiri pun tak terjaga...

Soalan cepu emas ni seringkali aku ditanya sebab cousin-cousin aku yang sebaya aku semua dah kahwin... Siapa tak nak kahwin kan??? Tapi bersediakah aku dengan komitmen yang bakal aku hadapai sebagai seorang suami...persoalan itu selalu bermain di fikiran... Perkahwinan ni bukan sehari dua tapi komitmen seumur hidup.... Wohhhh dengan kerjaya aku sekarang lagilah kekadang travel sana-sini... Lagi satu cuba korang baca petikan akhbar ni diambil dari Facebook Ben Ashaari... Nganga tak rasa mulut korang nak meminang anak dara orang...


Tu baru sebut pasal hantaran...belum lagi kerja kendurinya, buat kadnya, baju kahwinnya, kerusi..pelamin dan segala-galanya... Takkanlah aku nak bergolok-bergadai pinang anak orang huhuhuhu... Betul mungkin ada yang mengatakan tak perlu semua tu...Kalau kat tempat aku kurang-kurang mau ada RM15,000 untuk belanja kenduri kahwin.. Takkan nak hidang tetamu nasik putih dan 1 jenis lauk dan sayur...Mau kecoh satu kampung cerita hal kahwin bajet macam ni... Kita buat simple-simple orang mengata...kita buat grand-grand pun orang mengata..tepuk dada tanya selera... Cuba fahami apa yang ingin disampaikan oleh video yang aku upload kat atas tadi...

Gambar Koleksi Peribadi

Kalau aku dah betul-betul sedia memang akan kahwin jugak suatu hari nanti...Bila dan waktunya, aku tak dapat beritahu sekarang...Sebab aku hendak mengukuhkan kerjaya dan kewangan aku dulu.. Tak naklah kahwin nanti sampai aku kena pinjam Along...Alhamdulillah setakat ni takdelah aku jejak kaki kat Along-along ni... Rezeki masih cukup untuk menampung hidup dan hantar belanja buat mak dan ayah.. Panjang lebar pulak entri aku ni...Cukuplah setakat ni dulu yer hehehe SELAMAT HARI RAYA

#sekadar luahan...mohon ampun dan maaf jika ada kata-kata yang mengguris rasa



22 comments:

  1. kalau dh jodoh x ke mana:)... lelaki perlu kukukan kewangan dulu baru dapat mendirikan masjid...nanti x derla pimjam meminjam...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu fizi...nak jadi ketua keluarga ni tanggugjawabnya bukan mudah

      Delete
  2. perkahwinan untuk kekal hingga ke akhirnya bukan sekadar cukup pakai je kan...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu hehehe...nak sekarang ni gaji 4 angka pun belum tentu dapat memikul tanggungjawab seorang suami..

      Delete
  3. jangan lua jemput kalau makan nasi minyak ye?

    ReplyDelete
  4. InsyaAllah...nanti kalu dah sampai jodoh ada lah tu...nanti jgn lupa kat bunda yer...

    ReplyDelete
  5. hehehe soalan tu agak sama di tujukan kepada is jugak wakkakaakaa, Adhie cepat-cepat lah kahwin, asyik travel je, tapi kalau travel dengan bini ikut lagi best, seronoknya tanya lah mana-mana traveler yang dok datang kat negara kita. Dorang pun ada gak kerja jenis travel merata nie semua angkut anak bini pegi sekali kekekeke. Tapi ada rezeki insyaallah Adhie, takkan kemana kan? Selamat hari Raya ya Adhie? is tekan mambang merah menyala (hotlink) satu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. soalan yang sama...nak bagi jawapan pun tak tahu dah huhuhu

      Delete
  6. selalu dp bila blik kmpg soaln ni ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. soalan wajib ni...memang tak yah ramal soalan akan ditanya

      Delete
  7. smoga jodoh perkahwinan cepat sampai...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya Allah..terima kasih atas doanya pha is

      Delete
  8. Assalammualaikum aDhie, is singgah raya nie hehehehe, tekan mambang kuning DiGi satu.

    iskandarx[dot]com

    ReplyDelete
  9. Assalam bro Adhie =) Salam Syawal..he3 terbaik la jwapan 2..boleh bt modal ni..ambe igtkn bro Adhie dah kawen..mati2 ambe igt dh khwin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe..sila-sila jawapan mungkin akan dipikirkan lagi tahun depan...

      Delete
  10. Salam.. agak-agak.. kalau ada parent belah perempuan tu cakap nak bagi anak dia free.. awak nak tak ?? hehehe..Kalau mak ayah cakap kawen just akad nikah je.. hantaran tak payah.. just mas kawen RM80 je.. Kadang2 pihak lelaki fikir 10 kali pulak.. kenapa murah sangat.. ??

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe kena dipikirkan sedalamnya...tapi janganlah letak mahal sangat yer...kos sara hidup sekarang pun bukannya murah...give and take lah org kata...

      Delete
  11. rezeki, maut dan jodoh tu rahsia Allah.. aiza pun kalau balik kampung tak terlepas disoal soalan yang sama, perempuan lagi la malu bila digelar anak dara tua.. apa boleh buat, aiza dah berusaha, hanya Allah yang tahu apa yang terbaik..

    ReplyDelete
  12. buat yang wajib jer.....jimat...jangan berhutang sehingga tua.........

    ReplyDelete
  13. insyaAllah..lambat cepat terimak jak...mcm kmk awal nikah..umur bok 22..hihi jodoh

    ReplyDelete