!TEMAN-TEMAN BLOG!

Saturday 15 June 2013

13 Tip Anda Telah Jatuh Cinta



Asslammualaikum...

Siapalah aku nak mengutarakan entri cinta ini..hahaha tapi memang benar ia akan hadir dalam jiwa setiap insan yang mempunyai sekeping hati yang tidak pernah kosong untuk rasa bercinta. Kalau di barat ada kisah cinta agung seperti Romeo dan Juliet, kita juga perlu mengetahui sejarah cinta sulung yang pernah berlaku di Arafah iaitu pertemuan semula Adam dan Hawa yang dicampak ke bumi oleh Allah. Ujian cinta padang pasir yang tandus, saat Siti Hajar dan Nabi Ismail ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim yang pergi kerana perintah Allah. Setulus cinta Nabi Yusuf dan Zulaikha cinta yang bermula dengan keinginan nafsu yang akhirnya membawa kepada ketulusan cinta...Zulaikha menggapai cinta dan kasih kepada Allah. Tercalit pada kanvas cinta, kisah kebijaksanaan cinta Nabi Sulaiman menawan hati Ratu Balqis. Hinggalah akhirnya cinta itu terpatri pada Nabi Muhammad yang cintakan isterinya dan umatnya yang dikasihi.

Sedangkan islam sendiri tidak pernah menolak cinta, kerana ia memang hadir dalam setiap perasaan insan yang menjadi hamba-Nya untuk menyempurnakan fitrah manusia. Tapi korang sedar tak bagaimana menyedari perasaan itu wujud dalam jiwa kita. Yang ni aku nak share dipetik dari Novel Pabila Cinta Memanggilku karya Syamnuriezmil ada 13 :

  1.  Anda tidak akan marah terlalu lama dan akan berusaha untuk mengawal kemarahan terhadapnya.
  2. Anda akan sentiasa merindui dia.
  3. Apabila berjalan dengan dia , anda akan berjalan dengan perlahan.
  4. Anda akan tersipu-sipu apabila bersama dengannya.
  5. Apabila anda berfikir tentang dirinya, jantung anda akan berdegup pantas.
  6. Hanya dengan mendengar suaranya, anda akan tersenyum tanpa sebab.
  7. Apabila anda melihat dia, anda tidak akan peduli orang di sekeliling anda. Anda cuma melihat dia seorang.
  8. Anda akan mula mendengar lagu yang berirama balada.
  9. Dia sentiasa di fikiran anda.
  10. Anda akan sentiasa terhidu baunya
  11. Anda menyedari bahawa anda akan tersenyum apabila memikirkan tentang diri si dia.
  12. Anda akan melakukan apa sahaja untuk dirinya.
  13. Apabila anda membaca ini, pada masa yang sama, ada seseorang di dalam fikiran anda
Petikan sumber :Novel Pabila Cinta Memanggilku m/s 144-147


Betul tak? Betul tak? Apa yang dinyatakan di atas ni...Agak-agak dalam 13 tu ada tak salah satu yang terjadi pada korang. Kalau ada tu, kalau lelaki cepat-cepatlah masuk meminang yang perempuan pulak boleh menunggu pinangan... Wallahuallam...





1 comment: