!TEMAN-TEMAN BLOG!

Tuesday 11 June 2013

TAKUTNYA BOROI

Assalammualaikum wbt...

Bulan Syaban baru sahaja menjengah kita, jadi tak lama lagi kita bakal menemui bulan Ramadan. Insya Allah jika dipanjangkan usia kita kan menyambut bulan Ramadan pada 10 Julai 2013. Biasanya bulan Ramadan ni akan terpampanglah kat dalam newspaper tu pasal yang ditangkap kerana tidak berpuasa dan curi-curi makan tempat terbuka sebab tak tahan lapar dan dahaga. 


Ramai jugak kawan-kawan termasuk aku sendiri menganggap inilah peluang dan masa untuk berdiet. Yelah sekarang ni rata-rata semua lelaki dah mula menjaga penampilan, risau perut boroi 1 pack jer huhuhu. Kat mana-mana sekarang di media sosial pun meriah orang promosi ubat-ubatan, dan makanan tambahan untuk menguruskan badan.

Pada masa bulan Ramadan ni lah nanti memberi kita ruang untuk detoks badan kita. Yelah puasa ni memberi kesihatan dan kekuatan rohani dan mempengaruhi kesihatan jasmani. Banyak ahli-ahli kesihatan berkata perut kita perlu rehat seketika dari bekerja memproses makanan. Seperti juga enjin dan mesin kalau tiada rehat akan rosaklah. Dalam Islam pun ada menyatakan perut kita harus dibahagi tiga bahagian, sepertiga untuk makanan, sepertiga untuk air dan sepertiga untuk udara.

Kita perlu ingat bahawa segala anggota di badan kita ni adalah pinjaman seketika. Menjadi tanggungjawab kita sebagai hamba-Nya untuk menjaganya dengan rapi. Terbaca blog sorang rakan ni pasal perut yang boroi ke depan merupakan masalah yang lazim setelah berumah tangga.

Sekarang lelaki telah mula membuka mata dengan menjaga penampilan dan menjadikan ia suatu budaya aktiviti menjaga tubuh badan. Sebab itulah banyak pusat-pusat gym mula tumbuh bagai hujan, terpulang kepada kita untuk membahagikan masa untuk ke gym. Kalau dilihat sekarang ni banyak lelaki yang terarah kepada budaya K-Pop, dengan bentuk badan yang slim-fit. 

Asal jangan ada pula yang nanti anoreksia sehingga mengganggu kesihatan. Yelah badan yang asalnya berotot dan berisi, kerana mengikut trend slim-fit mulalah tak makan sampai kurus kering. Jangan terkejut ini mereka berlaku, aku sendiri pernah berhadapan dengan situasi macam ni. Sekarang lelaki pun takut gemuk dan wujudlah terma metroseksual, heteroseksual, urbanseksual dan macam-macam lagi.

Insya-Allah diharap kehadiran bulan Ramadan ni nanti dapatlah mendisiplinkan diri aku ni yang nak mengurangkan berat badan. Apa yang aku nak disiplin di sini ialah mengurangkan makanan ketika berbuka puasa, yelah siang seharian berpuasa tapi bila ke bazaar ramadan mulalah nak itu ini. Sumbat punya sumbat terlantar tak bangun-bangun sampai nak solat terawih pun tak larat. Nauzubillah. 

Jom kita mulakan puasa sunat di bulan Syaban dulu sebelum tibanya Ramadan.

"Rasulullah s.a.w. tidak pernah berpuasa sebanyak yang baginda puasa di bulan Sya'ban" Aku bertanya kepada baginda. "Kenapa aku tidak pernah melihat engkau berpuasa di bulan-bulan yang lain sepertimana engkau berpuasa di bulan Sya'ban." Baginda s.a.w. menjawab : Itulah bulan yang ramai manusia lalai iaitu di antara bulan Rejab dan bulan Ramadan. Ia juga bulan yang diangkatkan amalan kepada Allah s.wt. Aku suka diangkat amalanku dalam keadaan aku berpuasa." (Hadis Ahmad dan Nasaie - sanad yang hasan).

Walau apa pun jenis dan saiz badan kita kesihatan adalah penting. Biarlah kita bersederhana dengan sedikit usaha dan konsisten dengan harapan ia akan memberikan impak yang positif kepada rohani dan jasmani. Insya Allah. 

SEKADAR PERINGATAN KEPADA DIRI AKU SENDIRI YANG SEMAKIN MEM"BERAT"

Salam Sya'ban 1434 H





4 comments:

  1. hahahaha..takut boroi ye...kenapa takut...kalau Allah dah bagi cam tu..kena terima tau...hihi..:)

    boroi hensem apa...hihi :)
    Selamat berpuasa.....
    diet tu jangan lah over sangat...karang kurus cam cicak kering...kan tak hensem :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha Cik Akak kalau kurus kering tak naklah...pernah dulu kurus sangat dah macam org sakit dah ...takut tengok muka cengkung masa tu...

      Delete
  2. nak badan tough boleh? *terus angkat besi*

    ReplyDelete