!TEMAN-TEMAN BLOG!

Sunday 9 June 2013

INDAHNYA CINTA DALAM FILEM 99 KALI RINDU




Assalammualaikum wbt...

Kali ini aku nak review filem 99 Kali Rindu. Aku tabik spring dan TAHNIAH kepada David Teo sebagai penerbit kerana tidak serik menerbitkan sebuah filem ketuhanan dan idea Islam yang bagi aku berjaya walaupun kutipannya tidak seberapa. Jarang-jarang dapat menonton filem genre Islamik sebab banyak filem genre Islamik sebelum ini lebih kepada berunsur komersial semata-mata.

Sinopsis Cerita :

Fakhruddin Attar seorang lelaki yang telah kematian isterinya Saidatul Nafisa. Kesedihan yang ditanggung membuatkan Attar melakukan penghijrahan ke Kampung Mahbubat. Penghijrahan ini mempertemukan Attar dengan dua orang wanita iaitu Fatin dan Zazlena. Pertemuan Attar dengan Zazlena berlaku ketika Zazlena yang secara tidak sengaja melanggar Attar. Attar telah dibawa ke rumah Zazlena yang mempertemukan Atta dengan Miqdad abang Zazlena. Attar dirawat dirumah mereka kerana bersalah kepada Attar.

Miqdad menceritakan kepada Attar bahawa adiknya Zazlena tidak akan hidup lama kerana penyakit barah hati. Di sinilah Attar menjadi penguat semangat kepada Zazlena yang secara tidak langsung membuatkan Zazlena turut jatuh hati kepada Attar.

Pertemuan Attar dengan Fatin Qalbie pula apabila Qalbie seorang DJ radio membuat temuramah dengan Attar.Timbul perasaan cinta Fatin Qalbie kepada Attar namun peristiwa Fatin Qalbie diserang oleh sekumpulan lelaki telah memisahkan dia dari Attar.

Namun ada kisah silam yang mula tersingkap ketika Attar berada di rumah Zazlena. Kisah silam ini menyingkap siapakah Attar yang sebenarnya sebelum dia berubah ke jalan kebenaran. Apakah rahsia itu? Adakah Fatin Qalbie berjaya meraih cintanya terhadap Attar. Bagaimana pula dengan Zazlena dan penyakit yang dihidapinya? 


Review aku :

Pada awalnya tiada yang menarik perhatian aku untuk menonton filem ini sebab semuanya muka-muka baru dalam filem ini. Aku hanya tertarik kepada tajuk filemnya 99 Kali Rindu yang ada maksud tersirat dalamnya. Aeril Zafrel dan Wawa Zainal dipertaruhkan membawa watak utama untuk filem bertemakan ketuhanan ini bagi aku mungkin agak berat kerana memerlukan emosi yang mendalam untuk menghidupkan watak Attar dan Qalbie dan harus diberi pujian. Karakter yang dipegang oleh Aeril bukanlah satu watak yang mudah namun dia berjaya membentuk watak Attar dengan cemerlang.

Memang aku kagum dengan jalan ceritanya yang tidak terlampau berat dan straight forward bagi aku untuk memahaminya. Mungkin ada sikit flashback namun tidak mencacatkan perjalanan cerita kerana plot-plotnya berkait antara satu sama lain. Ternyata lakonan dua watak utama ini berjaya menyuntik emosi penonton yang menghayati perjalanan cerita walaupun masih baru dalam dunia lakonan.



Dialog-dialog filem ini banyak bermain dengan monolog melalui bait-bait ayat yang memang indah dan   menyentuh jiwa. Setiap tutur kata ada mesej yang tersembunyi untuk disampaikan, bukalah mata hati kita apabila menonton filem ini. Permulaan cerita adegan antara Attar dan Qalbie sedang bertemubual di konti bercerita tentang apa itu rindu dan cinta telah memancing perasaan aku untuk terus menonton. Jangan salah faham pulak cinta dan rindu yang diorang bualkan ni lebih bersifat cinta dan rindu kepada Allah dan Rasul-Nya. 

Dialog yang menarik jiwa ku :

Sungguh bahagia insan yang telah menemukan cinta dengan rindu sejati. Ibarat tasbih dan benang pengikatnya. Terajud menjadi untaian. Yang akan selalu disentuh satu demi satu oleh insan mulia yang bibirnya basah akan cinta kepada Rabb-nya.

Yang paling jauh itu bukanlah matahari, bukan juga bulan ataupun bintang. Tapi adalah masa yang berlalu dan tak akan pernah kembali lagi. Yang ada hanyalah hari ini kerana hari esok belum pasti menjadi milik kita.

Awak, bila awak mahukan cinta saya.. Carilah dulu cinta Allah. Bila awak mahu rindu saya.. Rinduilah dulu Allah dan Rasul-Nya...Jika awak mahu sayang saya..Sayangilah dulu agama lebih daripada diri saya ini.

Dialog yang tersusun kemas seolah-olah aku sedang membaca sebuah novel ketuhanan mengingatkan aku kepada novel Ayat-Ayat Cinta.  Mesej yang disampaikan adalah melalui emosi watak-watak dalam filem ini disatukan dengan skor muzik yang bersesuaian membuatkan 99 Kali Rindu satu filem yang ada jiwanya. Pengarah juga turut bijak menimbulkan mood penonton kerana filem ini bagi aku tampak kemas dan lancar.

Mungkin filem ini gagal mendapat kutipan yang tinggi, namun aku betul-betul suggest filem ini untuk tontonan semua kerana ia memang filem yang cukup rencah dan sifatnya. Tiada komedi, tiada adegan ranjang dan tiada adegan kelab-kelab malam yang mungkin biasa kita tonton sebelum ini.

Aku memuji arahan Azhari Zain dengan penyampaian mesej cerita yang berbeza sebab ia bukanlah filem ketuhanan yang "kosong". Mungkin ada orang akan mengatakan ia adalah filem Islamik yang biasa, namun ada jiwa yang terkandung dalam filem ini hingga mampu membuat aku mengalirkan air mata.

Filem ini aku bagi rate 4/5 bintang sebab berjaya membuat aku menonton untuk kali kedua.

99 KALI RINDU
Disitulah Letaknya Kekuatan Cinta





1 comment:

  1. As salam, saya minta izin copy dialog nya :) , terima kasih

    ReplyDelete