!TEMAN-TEMAN BLOG!

Tuesday 16 July 2013

BERSUNGKEI DENGAN BUBUR PEDAS

bazaar ramadan Mukah


nasi beriani pun ada

Assalammualaikum...

Pejam celik celik pejam dah masuk hari ke-7 kita menunaikan ibadah puasa.. Hari ni aku baru berkesempatan menerjah bazaar Ramadan di Mukah ni.. Cari lauk untuk "bersungkei"..Tau tak apa bersungkei..Dalam bahasa melayu Sarawak bersungkei maksudnya berbuka...Hari ni aku nak carik bubur pedas..Satu makanan yang memang popular kalau di bulan ramadan... Bubur pedas ni memang macam tradisi kalau kat Sarawak bulan puasa jer ada... 

Kalau masa aku kecik-kecik dulu tradisi bertukar-tukar juadah berbuka puasa ni memang best, yelah dulu mana ada bazaar Ramadan.. Time tu lah seronok hantar makanan kat jiran-jiran dan dibalas pulak dengan makanan yang diorang masak sempena bulan ramadan.. Nenek aku dulu suka buat bubur pedas ni dan dia akan suruh aku hantar kepada jiran-jiran yang dekat..Tapi sekarang macam dah kurang sikit tradisi ni...

BUMBU BUBUR PEDAS (gambar ihsan GOOGLE)

Berbalik pasal cerita bubur pedas tadi.. Bubur pedas ni dibuat dari rempah khas dan bumbu pedas ni banyak dijual di kedai-kedai runcit bila menjelang ramadan... Selain daripada udang, daging boleh juga menggunakan ayam..Bahan-bahan biasa yang digunakan ialah keledek, kacang panjang, ubi kentang, lobak merah, tauhu kering, cendawan dan santan..Kalau kat bazaar ramadan biasanya harga sebungkus bubur pedas ni ialah RM3...Rasanya memang sedap kerana campuran pelbagai jenis sayuran..Rasanya yang berlemak dan pedas itulah penarik utama untuk menikmati bubur pedas ni.. Korang boleh google jer nak carik resepi ni...Tapi mesti ada bumbu pedas tu...Kalau takde jadi lain plak nanti heheh

BUBUR PEDAS BAZAAR RAMADAN MUKAH

16 comments:

  1. Oh, macam ni ke bubur pedas. Baru pertama kali tengok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. inilah bubur pedas...tapi rasanya takderlah pedas pun :)

      Delete
  2. wah..menarik..bleh cuba google rasipi pasnie..:D

    ReplyDelete
  3. la cik akak tak sempat buat lagi....hihi..insyaAllah buat hujung minggu nie...mahu letak tauhu kering juga...hihi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. bolehlah embak ringkat ke rumah Cik akak tok kelak tapau hehehe

      Delete
  4. Makanan yang tampak boleh kena dgn selera ku...kena cari resepi ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. google banyak resepi ni...selamat mencuba

      Delete
  5. oww cam tue..xpng tgk pn slama ini

    ReplyDelete
  6. wah..bubur pedas.. pnah dgr je.. nama dia..rupa dia x tau..
    owh bru tau bsungkah tu apa..rpanya berbuka puasa :)

    ReplyDelete
  7. Kamek sik pernah makan natang nama bubur pedas ya.. Hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aihh org sarawak empun sik pernah makan hehehe

      Delete
  8. wah!! mcm menarik je..rasa mcm nk try..kt a/s ni tak de kut..=)

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh google resepi ni...cuma kena carik bumbu pedas tu yg penting

      Delete
  9. Teringin pulak nak makan bubur.. selamat bersungkei..:)

    ReplyDelete
  10. bubur pedas ni macam bubur lambuk di semenanjung ke adhie? selalu dengar cik akak cerita dalam entrinya pasal bubur pedas ni.. nampak sedap pula.. bumbu pedas tu nak dapat kat mana ya?

    ReplyDelete