!TEMAN-TEMAN BLOG!

Sunday 7 July 2013

CERITA ROTI CANAI CAFE 1 MALAYSIA


Assalammualaikum...

Selamat berhujung minggu semua... Cuaca hari ni nampak cerah kat bandar Mukah.. Bolehlah awal-awal pagi carik sarapan kat Mukah ni. Nak carik tempat breakfast kat Mukah ni banyak sebenarnya tapi yang betul-betul sedap tu kena terjah betul-betul tempat makan di sekitar Mukah ni.. Aku ni kalau bab-bab makan sangat cerewet...hehehe kalau tak sedap dan memenuhi selera aku sekali jer aku datang tempat tu lepas tu aku akan blacklist (jahatnya aku hehehe).. Bukan apa yelah kita bayar untuk makan, bukan makan free...Kekadang pemilik kedai makanan kenalah jaga hati pelanggan kalau tempat tu kotor, servis pun tak bagus dan ditambah pulak makanan yang kategori gred C.. Tak kisahlah bayar mahal pun asalkan ia berbaloi untuk pelanggan macam aku ni..


Ni ada satu tempat yang aku nak rekemen kat korang kalau datang ke Mukah ni, Cafe 1 Malaysia. Tempat ni memang kat pusat pasar baru Mukah. Nak carik senang jer, kalau korang tak jumpa cuba tanya orang kat situ kat mana Sarina Hotel. Cafe ni terletak bersebelahan bangunan Sarina Hotel, kalau korang stay kat Sarina Hotel lagilah senang, keluar dari bangunan dah nampak Cafe ni selang satu bangunan hotel ni....


Peberet aku tu gambar atas tu heheheehe... Roti Canai Double dan Kopi Radix. Kalau hujung minggu tempat ni memang penuh sikit pagi-pagi sebab ramai orang carik tempat breakfast.. Ada jugak yang datang singgah sini sekejap sebelum meneruskan perjalanan menuju ke Oya/Igan/Matu/Daro/ Selangau/Sibu... Biasalah hujung minggu ramai yang balik kampung jumpa keluarga.. Banyak jenis roti canai kat sini..Roti Kosong, Roti telur, Roti Planta, Roti Sardin dan sewaktu dengannya... 

Kalau kuah aku biasa memilih kuah kari isi ayam yang ni kena caj tambahan sebab ada isi ayam.. Tapi kalau korang tak order kuah kari ayam ni pun korang diberi kuah dhal untuk cecah ngan roti canai...Roti canai sini memang lembut...Kuah pun memang power hehehe... Untuk pengetahuan kedai ni dimiliki orang Melanau.. Jangan ingat mamak jer boleh buat roti canai...Orang Melanau pun boleh jugak tau hehehe... Nama pun CAFE 1 MALAYSIA...

Bagi yang tak nak makan roti canai boleh jugak try menu 1 Malaysia yang memang bajet kalau Sarapan RM2.00 dan Makan Tengahari RM5.00 (hanya pada hari Ahad dan Sabtu sahaja)... Bolehlah korang terjah-terjah Cafe 1 Malaysia ni...



13 comments:

  1. wah bestnya Cafe 1 malaysia, insyaallah Trip Sarawak seterusnya akan is sampai kat situ.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau nak datang Mukah bagus datang waktu Pesta Kaul Mukah bulan April...book awal tiket ke Mukah utk event Pesta Kaul next year April :)

      Delete
  2. x prnh g jejakkan kaki ke sarawak. apalg mukah. hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya Allah satu hari tu nanti mesti akan jejak kaki jugak.... :)

      Delete
  3. isk....cik akak pon lom singgah kedei ya...singah2 pun market ikan..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. yakah duhal...lain kali mun dah penat2 milih ikan di pasar basah ya singgah cafe 1 Malaysia tok... roti canainya nang sedap (^_^)

      Delete
  4. wah, terliur pula tengok roti canai tu, hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe... buat santapan breakfast memang dah mengenyangkan dah ni

      Delete
  5. tebalnya roti canai tu :D nyum3

    ReplyDelete
  6. Tak pnh singgah ke cafe 1malaysia..nnti bleh la pegimkn2 roti canai sardin dgn milo ais..:D

    ReplyDelete
  7. zara dah bagitahukn yg zara ambil banner top comment kt en adhie kn..time kcih tau..=)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama.. Rasanya macam ada hehehe

      Delete