!TEMAN-TEMAN BLOG!

Monday 8 July 2013

MISI TERLAKSANA

Assalammualaikum...

Entri macam orang baru lepas buat misi yang gempak... Takdelah gempak sangat pun, weekend hari tu kan misi aku mencari rak buku.. Ni dia rak yang dah dapat ready untuk disusun novel-novel dan buku yang ku beli setahun lepas masuk tahun ni... Yelah aku kan duduk kuarters, jadi ruangan aku terhad dalam bilik untuk menggunakan sepenuhnya ruang yang ada untuk menyimpan barang-barang aku ni... Takut jugak karang tiba-tiba kena transfer naya jer nak berpindah barang... Aku ni bila-bila jer boleh dipanggil balik ke HQ kat Kuching..Kalau boleh aku tak nak balik sana taraf bajet tinggi sana hehehe...Baik bandar kecik kat Mukah ni.

SEBELUM

Sekarang kemas sikit bilik kalau tak merata jer buku aku letak semak jugak mata .. Tepi katil lah tepi almari baju huhuhuhu...Sayang ni wooo boleh bagi anak cucu baca nanti Insya-Allah..Biar diorang minat membaca sama macam aku.. Aku memang dari kecik sampailah besar dah biasa membaca, kecik-kecik dulu mak aku selalu tinggalkan aku kat Perpustakaan Awam Sibu, lepas tu dia biar jerlah aku membaca ngan budak-budak cina (mostly memang ramai budak cina jer lepak situ)... Tu ler pasal aku ni tak boleh tengok buku, masuk kedai buku mesti nak membeli...Makin pulak kalau POPULAR Bookstore buat sales untuk member hehehe...MPH jarang sangat sebab jarang sales kecuali kalau buku yang aku tak jumpa kat POPULAR baru pegi kat MPH...begitulah ceritanya dengan misi yang entah apa-apa ni..

SELEPAS

"SELAMAT MENYAMBUT BULAN PUASA YER 
RABU NI KITA DAH PUASA JANGAN PUASA YANG YOK (^_^)"

10 comments:

  1. wah!! rajin mengemas..hee
    salam ramadhan..=)

    ReplyDelete
  2. Wah, cepatnya follower meningkat. Apa rahsianya?

    Suka baca novel juga ya. Baguslah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah Tetamu Istimewa rajin2 lah buat blogwalking belajar dari CIk Akak Nao Mei.. Memang suka baca novel dari dulu lagi dah..

      Delete
  3. Novel adam hawa pun ada juak..hihi.....pinjam juak novel ya...hihi..:)

    ReplyDelete
  4. Transformasi yang bagus menjelang ramadhan. Pasti lebih bersemangat!
    Salam ramadhan :)

    ReplyDelete
  5. wah ,,rajin menbaca..banyak ilmu...salam ramadhan juga..:D

    ReplyDelete
  6. baru nampak kemas.. bagus semaikan minat membaca sejak dari kecil.. macam aiza suka baca buku motivasi terutamanya tulisan HM tuah.. hehe..

    ReplyDelete
  7. wah, sungguh indah dipandang XD btw, sy baru pm awk tadi .. so minat bukak yep

    ReplyDelete
  8. lelaki jarang nak kemas bilik. hehe kagum~ suka buku jugak. jelous~

    ReplyDelete