!TEMAN-TEMAN BLOG!

Thursday 18 July 2013

SELAMAT TINGGAL BLACKBERRY



Assalammualaikum...

Last week Blackberry aku buat hal, sedih sangat sebab tiap kali aku on BB aku tu akan hang nak mendail dan pilih menu pun tak boleh sebab perlu restart setiap masa.. Aku memang sukakan BB sebenarnya sebab memudahkan aku menyemak email dan berhubung dengan rakan-rakan BBM...BB aku yang pertama rosak aku beli yang kedua pula Curve 9320..Before ni aku ada impian nak beli Samsung Note 8.0... Tapi nampaknya aku terpaksa laburkan untuk membeli telefon baru pulak..Kalau tidak mengamuk bos aku nanti sebab aku tak boleh dihubungi huhuhuhu...

Aku membuat survey sebelum memilih beberapa phone, pada mulanya aku ingin membeli Blackberry Q10 sebab aku sayangkan teman-teman BBM  hehehe...Tapi bila difikirkan balik, aku dah guna dua telefon jenama Blackberry jadi aku ingin beralih arah kepada jenama Samsung... Antara Galaxy Note 2 dan Samsung S4, akhirnya aku memilih Samsung S4...Duit raya aku dah labur kat sini dah huhuhuhu...So takda duit raya tahun ni yer adik-adik hehehehe



Kenapa aku memilih Samsung S4...

  1. Kamera - since aku ni suka mengambil foto, kedua-dua BB aku sebelum ini kualiti fotonya memang tidak mencapai kehendak aku, jadi biasanya aku akan mengambil foto menggunakan DSLR atau Kamera Digital Kompak. S4 mempunyai resolusi 13 Megapixel manakalan Galaxy Note2 hanya 8 Megapixel.. Jadi kat situ dah nampak kelebihan S4 ni. Kualiti gambarnya sama seperti menggunakan kamera yang menggunakan teknologi Carl Zeiss.
  2. Display - Menggunakan teknologi AMOLED dengan kecerahan yang lebih tinggi
  3. Processor - S4 menggunakan processor 1.9Ghz quad-core manakala Note 2 hanya 1.6. Jadi S4 mempunyai kapasiti pemprosesan memori yang lebih laju.

    Kualiti Gambar Tanpa Diedit Menggunakan S4


    Kelemahan yang aku rasa pada S4 ni sejak menggunakannya ialah jangka hayat bateri yang sederhana sebab menggunakan 2600 mAh....Bagi aku walaupun S4 lebih mahal daripada Note 2 ciri-ciri S4 memang mampu menandingi  Galaxy Note2... Nampakya aku terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada rakan BBM aku sebab stop menggunakan Blackberry... Paling best aku dapat update entry di blog menggunakan Bloggeroid...


    8 comments:

    1. wah cik akak nak beli juga satu...hihi..senang kerja update blog..hahaha

      ReplyDelete
      Replies
      1. sesuai utk Cik Akak yang suka blogging hehehe

        Delete
    2. salam Adhie, lerr nakper lak gi good bye pulak, tak nak kasi kat is lah heheheee.

      p/s: is tengok save22 nak tengok lokasi I-setan Penang, eh ader ker?

      ReplyDelete
      Replies
      1. BB dah nazak dah huhuhuhu...memang pakai untuk jadi alarm clock lah maknanya hehehe

        Delete
    3. aiza tak pernah lagi beli smartphone..

      ReplyDelete
    4. wah!! tel baru..blehla beraya ngan tel baru tu...hee~.=D

      ReplyDelete
    5. halamak.. bb mama pun hangg jer manjang. sekarang dah malas nak cas bateri dia. hihi, mama pakai tepon rumah je senang.. kihkih..

      ReplyDelete
    6. Assalam..sy tgh survey survey nak beli note 2 atau s4 yg memudahkan sy berblog. Hihi..tq

      ReplyDelete