!TEMAN-TEMAN BLOG!

Tuesday 2 July 2013

HIDANGAN TIMUR DAN BARAT DI ISLAMIK NYONYA KAFE SIBU



Assalammualaikum...

Malam ni aku bawak korang Jalan-jalan Cari Makan lagi di sekitar Sibu. Actually tempat ni pun salah satu tempat favorite aku makan.. ISLAMIK NYONYA KAFE. Dengar namanya mesti korang akan fikir tempat makan ni ala-ala baba nyonya.. Itu hanya nama maybe salah satu daya penarik pelanggan untuk pengunjung datang ke kafe ni. Makanan sini kira all kind of foods under one roof...Semua jenis makanan ada kat sini macam east meet west lah kiranya. Apa yang aku suka pasal restoran ni ialah dekorasinya memang lain dari yang lain...


Kafe ni terbahagi kepada dua bahagian satu bahagian indoor (air cond) dan satu lagi open space.. Kalau yang suka sejuk-sejuk tu bolehlah memilih bahagian indoor ni. Kat bahagian indoor ni tempat duduknya agak privacy sikit so setiap meja akan dipisahkan oleh partition. Tengok gambar tu kafe ni dipenuhi dengan bunga-bunga kira konsep floralah kat sini.. Ada water feature jugak jadi memberi ketenangan sambil menikmati hidangan....



Kedudukannya yang strategik di tengah-tengah pusat bandar Sibu mungkin salah satu tarikan utama orang ke  kafe. Ianya terletak di bawah Thai Spa bersebelahan dengan bangunan Bank HSBC (Berhadapan RH Hotel) memang memudahkan orang datang mencari lokasi cafe ni. Bercakap pasal menu kat sini memang banyak kalau boleh semua nak dicuba. 

Aku paling suka minuman Banana Coconut Juice kira minuman wajiblah kalau aku pegi sini... Kalau pasal makanan memang semua boleh dikatakan semua sedap..tapi last weekend aku memilih Mi Sizzling Ayam.. Satu tips aku nak share kat korang kalau datang kat sini korang boleh order satu hidangan dan saiz hidangan kat sini memang cukup untuk di makan dua orang... Harga makanan di sini berbaloi dengan suasana kafenya yang memang tampak eksklusif...

Sempena bulan ramadan ni kafe ni pun ada juga buat promosi buffet untuk berbuka puasa.. So bolehlah datang berkunjung ke kafe ni dan berbuka puasa kat sini...

BANANA COCONUT JUICE

MI SIZZLING AYAM

YANG KAT BAWAH NI ANTARA MENU YANG AKU PERNAH TRY MAKAN KAT SINI 
SEMUANYA SEDAP
MEE WANTAN
SIZZLING PEPPER BEEF
NASI GORENG USA

THAI FRIED RICE (GAMBAR DI AMBIL MENGGUNAKAN HENPON)



10 comments:

  1. semua nampak sedap.. buat perut aiza berbunyi pula malam2 ni sebab terliur.. hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu baru dalam gambar Mizz Aiza... hehehe

      Delete
  2. isk-isk cik akak yang sah memang duduk sibu tok...memang sekali pun sik pernah ngagak sia..hahaha..sedih betol......sik sangat menarik juak pat ya duhal..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe duhal...banyak tempat makan best2 kat sibu tok sebenarnya

      Delete
  3. anda tersenarai dalam bloglist cik akak....semak sini

    http://sweetyzhanieyz83.blogspot.com/2013/07/pemenang-segmen-bloglist-julai-ogos-by.html

    ReplyDelete
  4. adie ore sibu ke?wah2 best la.bk teringin jejalan kat sne

    ReplyDelete
  5. aah orang Sibu...tapi sekarang bekerja di Mukah... boleh jer kalau nak bawak jalan2 tapi kena pastikan saya ada kat Sibu lah time Budak Kampung datang hehehe

    ReplyDelete
  6. cantik dekorasi kedai nih.. makanan pun nmpak 'cantik'.. heheh.. tapi, dekat sibu. x tau lagi bila la dpt merasa jejak kaki kat sana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Air Asia tambang murah kan ada...malindo pun dah ada jugak hehehe

      Delete