!TEMAN-TEMAN BLOG!

Saturday 6 July 2013

NGELAYO DI BANDAR MUKAH


HUJAN DI MUKAH
Assalammualaikum...

Bagi yang tak tau, mesti tertanya-tanya ngelayo tu apa. Ngelayo tu adalah bahasa melayu Sarawak, maksudnya jalan-jalan atau kira macam pusing-pusing satu-satu tempat tu lah...

Hari ni rutin hujung minggu seperti biasa pagi akan cuci baju terima kasih kepada Akak Samsung (washing machine aku daa) yang berhempas pulas mencuci baju aku yang berlonggok seminggu hahaha... Hari plak masih hujan so tiada harapan baju akan kering hari ni.. Sambil menunggu baju siap dicuci oleh Akak Samsung, aku bagi makan kat 3 anak aku yang dah kelaparan... Oppss jangan fikir bukan-bukan yer aku belum kawen lagi ni anak-anak kucing aku jer 3 ekor Zara, Tommy dan Cleo boleh tengok pic diorang KLIK SINI... Dah selesai semua kerja di rumah baru aku boleh keluar meredah bandar Mukah untuk mengisi perut. Plan nak cuci kereta terpaksa cancelled sebab ujan...




Lokasi pilihan aku hari ini ialah Eric Laksa, tempat ni memang popular dengan Laksa Sarawaknya yang memang gred A...Dengan penuh semangatnya aku meredah ujan pergi ke restoran Eric Laksa  ni. Kalau korang turun Mukah nak carik Eric Laksa ni senang sahaja nampak Shah Rukh Khan Textile tak jauh dari Kingwood Hotel Mukah, korang akan nampak nama Eric Laksa. Dulu restoran Eric Laksa ni ialah Asia Cafe tetapi owner Asia Cafe tidak beroperasi lagi dan diambil oleh Eric Laksa...





Keterujaan aku nak makan laksa kat sini terbantut bila dapat tahu laksa dah sold out, adoiii kena tunggu petang... Memang payah kalau datang tempat ni time weekend mesti laksa sini selalu sold out yelah awal-awal pagi dah orang carik laksa sarawak, belum lagi yang tapau bawak balik....Last-last aku order ayam penyet... Dengan penuh redanya aku makan ayam  bersama dengan carrot jus... Ni kali pertama aku makan ayam penyet kat sini... Not bad lah ayam penyet dia...tapi sambal tu kurang power tak pedas...Aku ni suka yang pedas-pedas...



Dah abis makan aku menuju ke lokasi aku yang seterusnya, kedai DVD... Chin Chin Music Center, kat sinilah aku selalu beli DVD, yelah bosan kalau hujung minggu tak balik Sibu nonton TV pun kat rumah aku hanya dapat layan TV1 dan TV2 yelah sebab aku tak subscribe Astro, carik-carik DVD aku belilah dua movie ni FLIGHT dan OLYMPUS HAS FALLEN. Harap-harap best lah cerita ni yer... Dah dapat DVD singgah sekejap kat tapak pasar minggu Mukah... Hanya tengok-tengok barang apa kata orang tu membeli-belah tingkap (window shopping).




Destinasi terakhir aku sebelum balik ialah Glory dan Ngiukee. Hanya dua tempat ni aku selalu beli barang-barang harian. Kalau dibanding dengan harga sebenarnya Glory ni kira yang paling murahlah antara mini market yang ada di Mukah. Hujan pun masih belum berenti so straight away aku balik rumah... Beginilah kehidupan aku berhujung minggu di bandar Mukah...bandar kecik jer Mukah ni..korang jalan kaki pun boleh dah dari pasar lama ke pasar baru Mukah...Tamatlah entri ngelayo aku hari ni...hehhehe

7 comments:

  1. salu huak cik akak ngelayo kat sini....mun time balik matu...hihi...raya-raya je memang lah berhajat ke sana.....

    senang-senang singgah beraya rumah cik akak kat matu..(kampung tian )

    ReplyDelete
    Replies
    1. kamek biasanya raya pertama dan kedua di Sibu... raya ketiga akan balit di kampung bapak kamek di Igan..

      Delete
  2. Sia pun ujan jwak owe. Kamek dekat Bintangor ujan jwak. Seksa nyawa. Sik lamak gik ada krisis baju kamek towk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hujan dari petang marek sampey ke pagi tek hehehe... yalah sekpat nak berjemur baju hari tok

      Delete
  3. WAA... sedap tu laksa.. sy pun suka mkn laksa gakk..

    nk join dlm bloglist blog nie blh x??
    hehe
    kita exchange yer
    thanks..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha...tak jumpa pun laksa hari ni sold out... terima kasih singgah sini

      tawaran diterima hehehehe

      Delete
  4. betul-betul bersemangat tu meredah hujan.. aiza tak pernah lagi makan laksa sarawak.. sedap tak rasanya?

    ReplyDelete