!TEMAN-TEMAN BLOG!

Tuesday 9 July 2013

PETUA MEREBUT MALAM SERIBU BULAN: LAILATUL QADAR


GAMBAR : GOOGLE

Assalammualaikum

Kat bawah ni aku nak sharing satu artikel yang menarik untuk dikongsi dengan korang semua. Malam ni kita mula menunaikan solat sunat tarawih... Jadi marilah kita merebut malam seribu bulan ni... Insya-Allah..

SALAM RAMADAN

PESANAN JUNJUNGAN BESAR NABI MUHAMMAD S.A.W ADALAH MALAM QADAR BERLAKU PADA SATU MALAM DARIPADA 10 MALAM TERAKHIR ( HARI GANJIL ) BULAN RAMADHAN

PETUA OLEH IMAM GHAZALI DAN LAIN-LAIN ULAMA' UNTUK MENCARI MALAM LAILATUL QADAR
JIKA AWAL RAMADHAN JATUH PADA HARI :
  • AHAD ATAU RABU - MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 29 RAMADHAN
  • ISNIN - MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 21 RAMADHAN
  • SELASA ATAU JUMAAT - MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 27 RAMADHAN
  • KHAMIS - MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 25 RAMADHAN
  • SABTU - MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 23 RAMADHAN

Kata Sheikh Abu Hassan Bahawa mula dia baligh, dia sentiasa dapat menghidupkan Lailatul Qadar pada malam yang tepat mengikut petua di atas .
Berdasar petua di atas, insya Allah malam qadar jatuh pada malam ke 29 Ramadhan.
Walau bagaimanapun , janganlah ibadat pada malam ini sahaja, carilah malam qadar pada malam-malam ganjil yang lain juga !!!

TANDA MALAM QADAR IALAH :
  • Malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas
  • Siangnya cahaya matahari warnanya pucat
  • Pada malam itu malaikat Jibril akan menyalami orang yang beribadat pada malam itu dan tandanya ialah kita tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba-tiba .

7 comments:

  1. Carilah malam-malam ganjil. Kalau ikutkan buatlah ibadat setiap malam. Kalau bertemu alhamdulillah.

    p/s: semalam tengok follower 160 lebih. Hari ni dah 172. Tahniah!

    ReplyDelete
  2. Insya-Allah cuba merebut malam lailatul qadar ni (^_^)

    p/s: terima kasih..

    ReplyDelete
  3. Nice sharing

    Selamat menunaikan ibadah puasa :)

    http://sweetmissfifi.blogspot.com/2013/07/selamat-menyambut-bulan-ramadan-dan.html :)

    ReplyDelete
  4. in.shaa.Allah..kalau kita ikhlas dn istiqamah dlam beribadah kpd Allah, msti jmpa malam l.Qadar =) Salam Ramadhan..

    ReplyDelete
  5. terima kasih di atas perkongsian ni adhie.. bersama-sama kita memperbanyakkan amal ibadah dan mencari keberkatan di malam lailatul qadar..

    ReplyDelete
  6. sama-sama Mizz Aiza (^_^)

    ReplyDelete